Hal yang sedemikian melibatkan 2 jenis hormon iaitu hormon insulin dan hormon leptin.

Insulin : Hormon yang dirembes oleh pancreas untuk menukarkan glucose kepada glycogen.

Leptin : Hormon yang dirembes oleh sel lemak yang memberi signal kenyang.

Pengambilan gula yang berlebihan membuatkan otak menukar signal kepada respon lapar. Bagaimana? Berikut adalah turutan fisiologi badan yang akan saya bincangkan :
1. Seseorang yang tengah lapar memulakan pengambilannya dengan minuman manis.
2. Penghasilan insulin oleh pancreas meningkat untuk menukarkan glucose (minuman manis) kepada glycogen.


3. Glycogen yang terhasil samaada akan digunakan untuk tenaga segera atau akan disimpan di dalam badan sebagai lemak.
4. Selepas kesemua minuman manis tadi dicerna, badan sepatutnya menerima signal daripada leptin yang menunjukkan bahawa badan sudah mempunyai cukup tenaga (yang disimpan).

5. Akan tetapi, penghasilan insulin yang berlebihan disebabkan oleh minuman manis tadi menyebabkan signal hormon leptin ke otak 'tenggelam'. Jadi otak tidak menerima signal leptin untuk memberi respon kenyang. Badan terus menerus menukarkan glucose kepada lemak yang mana menyebabkan seseorang itu terus menerus mengambil minuman manis. Ini menyebabkan seseorang masih lapar dan lapar..

Keadaan ini biasa dilihat berlaku dalam kalangan orang kita. Asal pergi kedai, mesti akan order minuman manis seperti Teh O' ais sebelum makan nasi..Sebab itulah digalakkan oleh sunnah nabi kita untuk mengambil buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan.Walaupun manis, tetapi kandungan sedikit dibandingkan dengan minuman bergula.

Tambahan pula, buah-buahan kaya dengan serat yang dapat memberikan kekenyangan yang lebih awal. Jadi sebagai conclusionnya, semasa anda kelaparan,mulakanlah dengan buah-buahan terlebih dahulu..jika terasa dahaga,bolehlah minum air masak sedikit sekadar untuk menyediakan persekitaran yang licin dalam proses menelan makanan.

Sumber : Robert H.Lustig.M.D.UCSF.USDA

p/s:harap maklum dengan gaya penulisan yang bebaur fakta sains..